Wednesday 26 September 2012

Suatu Ketika!!!..jilid II

Assalamualaikum!!!
Cerita ZuRa untuk Suatu Ketika kembali
  menceritakan setiap detik bersama insan-insan yang bernama SAHABAT..
yang selalu menceriakan hari-hari zura..
untuk jilid II zura nak perkenalkan seorang sahabat
yang suatu ketika tidak zura paling tak suka
ermm pelik kan???kenapa macam tu pula...
first impression zura terhadap beliau sangat buruk
tapi tak kenal maka tak cinta...;)
tapi itulah personaliti beliau..
SAHABAT
yang zura maksudkan Siti Nurfarhana..a.k.a Nana
terima kasih sangat kepada-NYA..sebab pertemukan zura dengan nana
tak sangka kan orang yang kita tak suka menjadi kawan yang sangat rapat!!!
malah banyak membantu...ermm terharu sangat;(...
walaupun kadang-kadang zura banyak mengata belakang..
tapi sebenarnya tak smpai hati pun nak cerita buruk pasal nana...
sebab baik buruk nana..nana akan tetap sentiasa menjadi kawan zura yang sentiasa zura hargai dan hormat...
seronok dapat kenal  dengan nana walaupun masa 2 1/2 tahun yang diberi tak cukup
zura harap hubungan yang terjalin ni tak putus sampai sini..kalau boleh sampai bila-bila;)

seriously i really miss every time second minute day hours our memory!!!
takkan zura lupakan
zura nak ucap berbanyak terima kasih sangat-sangat sebab bersabar kawan dengan zura...
zura sedar zura tak boleh nak jadi kawan yang sempurna..tapi zura sentiasa cuba untuk menjadi kawan yang terbaik dan sentiasa menyokong nana!!!
doa zura semoga nana berjaya dunia akhirat
huhuhu..sorry terpanjang pula!!!...
sampai sini saja Suatu Ketika..jilid II
continue...???
~peace~

Monday 24 September 2012

1st Interview!!!

Assalamualaikum!!
yuhuuu..hye all whats up..
huhuhu..meet again right??
hope kawan-kawan ceria selalu
kuikuikui...
fuhhh hari ini memang tak sangka kot 
tiba-tiba dapat panggilan suruh datang pergi interview..
lepas habis kerja pula tu...adoiiii
kejut gegirl tau..tak prepare apa-apa pun..
huh masa tu memang tak boleh nak fikir apa-apa dah
hehehe..time tu macam-macam penyakit datang
adoi...lawak gila la...hahaha..zura2.
.ermm lagipun pertama kali zura pergi temuduga macam ni..
sebelum ini tak ada pun experience dalam bab2 temuduga ni...
so today my first experience for interview..oh my english!!;p
interview ni pula bukan calang-calang...Management Trainee pula tu..
ish memang susah la kan...langsung tak keluar suara ni nak menjawab
so mereka kurang yakin untuk buat keputusan untuk hire zura as a MT
seriously that is a big responsibility..sebab perlu ready dalam semua perkara..
kuikuikui...
ok la Cerita Zura untuk hari ni banyak membantu zura dalam meningkat kan lagi daya fikiran..
supaya menjadi lebih peka dan sentiasa bersedia tak kira dalam apa jua keadaan yang datang..
:)
~peace~


Friday 21 September 2012

birthday wajie a.k.a makcik bucuk!!!

Assalamualaikum..
jom baca Cerita ZuRa ini...hehehe
seronok sangat sebab dapat buat suprise dekat makcik
tak sangka memang makcik TERsuprise sampai dia malu..
habis merah muka makcik time tu..kesian padan muka!!...haha sweet sangat..
tak sangka makcik aku ni sudah tua rupanya
20 tahun!!!..kuikuikui..dah boleh kawen!!!;p
apa-apa pun aku doakan supaya makcik berjaya dunia akhirat 
dimurahkan rezeki...amin!!:)


 ha..ni la birthday girl kiteorang..
21september 1992
dia kuar dari perut mak dia...
comel kan!!hihihi
lawak sebab makcik terkejut sampai tak terkata..
malu katanya...hahaha..makcik2


hahaha..time ni paling best
serius kelakar gila...kesian makcik kena paksa dengan kiteorang semua
ermm mula2 tu susah juga la dia nak buat..tapi time tu memang makcik tak ada pilihan lain dah
kena la ikut cakap kiteorang nama pun birthday girl kan..hihihi;p
pakai reben alololo sweet sangat!!!
haha senget la yang bagi idea ni...memang terbaik la..
bila makcik pakai macam ni makcik nampak lagi gegirl la!!! 
thanks sebab makcik tak hampakan kiteorang malam tu
happy sangat2!!!terharuuu...:')


we love u makcik bucuk!!
hope makcik tak lupakan kiteorang semua...
sayang makcik!!!
muahhh..muahhh...
^___^
~peace~





Jom update blog!!!

Assalamualaikum!!!
i'm back!!huhu..lamanya tak update blog untuk Cerita ZuRa ni...
rindu gila la..tapi sebenarnya malas nak taip..haha
maklum la..dua minggu lepas hari raya hari tu zura terus masuk kerja and sampai sekarang 
busy memanjang aja la jawabnya..hehe..senang cerita penat katanya..:)
ermm sebenarnya banyak story mory yang zura nak update..cuma masa tak mengizinkan..
tapi zura tetap juga cuba untuk nak update blog  ni...
ok la ni je yang zura nak cerita dulu..
nanti kalau rajin zura conteng-conteng ok...;)
~peace~

Monday 27 August 2012

Suatu Ketika!!!..jilid I

Assalamualaikum
hai semua untuk Cerita ZuRa kali mungkin menarik sedikit
Suatu Ketika!!!...yang zura nak kongsi dimana menceritakan setiap detik pertemuan..pengenalan..perpisahan??serta gelak tawa bersama SAHABAT  yang sentiasa zura rindu sampai hari ini..;)...
 wah nak kata mereka ni special pun tak juga..tapi sentiasa DEKAT DI HATI..
haha macam tv9 punya tagline je???kuikui lupakan sahaja..kesah pula...;p
3 perkara yang paling  dekat di hati zura
1.ALLAH
2.Ibubapa
3.Sahabat
^__________^
cukup la 3 ni yang mengembirakan hari-hari zura
without them i am nothing!!!
so zura nak share Suatu Ketika
tentang sahabat dalam blog ni..
hope u alls enjoy it!!
jilid I ....continue...


Raya dengan GEKO!!!???

Assalamualaikum
huhuhu..zura nak cerita ni??
beraya dengan geko!!ermmm siapa geko itu ek??hahaha
lawak pun ada juga dekat dalam ini pun zura nak cerita kan..untung geko kan..
yang lain jangan jealous noh..noh...;p
ermm geko ini rupa dia macam dinasour!!haha mengong ja..sebenarnya zura tak suka pon dengan geko ni..
geko along yang punya....eee first time jumpa geko geli kot!!!dah la warna kuning coklat..apa tah warna dia..sedikit mengerikan..hahaha..kesian geko bila dah sampai dekat tangan zura memang habis la..
tapi itu sekejap aja..tak kenal maka tak cinta!!!wah...sayang geko la...muahhh!!muahhh!!
hehehe..hari khamis tu raya kat rumah geko a.k.a rumah along..ermm sedap along masak laksa..memang terbaik la along!!!;)
jom tengok gambar raya dengan geko..haha lawak-lawak..


ini lah geko..eee tak comel pun dia..zura lagi comel kot???..hahaha;p


yang baju biru tu pengasuh geko...rupa pun da hampir sama je kan??.haha along senget!!!;p
and now zura peminat geko!!;p
gedik sungguh!!!
hahaha..
selamat hari raya dari zura..geko..and along..:)
~peace~

Klinik Keluarga..=D

Assalamualaikum!!!
hai kawan Cerita ZuRa kembali...
ermm boring sangat sebab tak tahu nak buat apa dah..hehehe
so apalagi blog la jawabnya..nak tulis pon malas gak sebenarnya..tapi untuk kawan semua zura update la yee..:)
ok pagi tadi zura pergi klinik buat rawatan lanjut..sebelum ini pergi klinik kerajaan je 2kali pergi tapi tak ada langsung perubahan makin teruk ada la...then buat keputusan pergi Klinik Keluarga..wah!!!hahaha..
sesetengah ubat tu kadang-kadang tidak sesuai untuk tubuh kita...eee tak sukanya dengan..wekkk..;p
tapi sebab dah sakit so telan je lah..ermmm tadi pun pergi jumpa doktor cakap perkara biasa..tapi yang tanggungnya zura..sabar jela..biasala kan perempuan ni macam-macam la...apa-apa pun seronok jadi perempuan ni..hehehe...???


ini ubat yang doktor bagi tadi...hehehe..hope ubat ini berkesan..;)
insyaallah..amin....!!!
~peace~

Wednesday 22 August 2012

Selamat Hari Raya!!:)

Assalamualaikum!!
salam syawal sahabat semua!!!
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin...
maaf kan zura andai ada menyingung perasaan sesiapa..terkasar bahasa..terpukul..dan sewaktu dengannya tanpa zura sedar..kita manusia biasa memang takkan lari dari buat kesilapan..dari itu zura ingin minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada sesiapa yang mengenali diri ini..:)
alhamdulillah 4 syawal sudah pun berlalu..ermm mesti dapat duit raya banyak kan??hahaha..dah besar pun still dapat lagi ke???depend la kan..hahaha..
hope raya kita semua bermakna tahun ini..:)
once again for u alls Selamat Hari Raya..:)
~peace~

Friday 17 August 2012

last day sahur!!!ramadhan tiba dipenghujungnya..:(

Assalamualaikum sahabat..:)
Cerita ZuRa lagi!!!!
alhamdulillah zura masih lagi diberi umur yang panjang untuk menyempurnakan ramdhan pada tahun ini sehingga penghujungya..:)..walaupun banyak dugaan yang datang menguji tahap kesabaran zura...ermm tuhan sahaja tahu betapa sabar dan sakitnya nak menghadap....hari ini 18/8/2012 merupakan penghujung ramadhan bagi semua umat islam yang berpuasa...alhamdulillah kita semua berjaya menahan segala godaan syaitan bukan hanya pada nafsu makan dan minum..tapi disetiap tingkah laku kita..tutur kata..terutamanya hati..:)(wah ceramah pula..;p..)..sebelum menjelangnya syawal..zura pasti ramai yang gembira menantikan ketibaan syawal kan??hehe..tapi jauh disudut hati sebenarnya rasa sayu sangat hati ini apabila ramadhan akan meninggalkan kita semua..:(..ermm betapa besarnya nikmat bulan ramadhan ini kan..rasa tenang je hati..
untuk ramadhan kali ini banyak kenangan yang dicipta..tidak kira suka atau duka..yang bestnya 3 kali ramadhan sebagai pelajar kolej apabila bersahur serta berbuka dengan kawan-kawan..
semua itu memang tidak akan zura lupakan.hehehe..
insyaallah kehadiran RAMADHAN sentiasa dinanti-nantikan..=)
amin..
~peace~

Final project!!congrates to trah hasni n tang!!

Assalamualaikum kawan-kawan!!!
baru-baru ni kitchen untuk cake decoration baru je habis  so zura nak cerita la sedikit seksaan sepanjang nak buat project ni..hahaha...macam-macam la jadi..idea nak buat kapal lanun ni datang daripada cik trah kita ni la..kire dia ketua lanun dalam group ni..hahaha...ermm bleh tahan besar juga lah bentuk kapal dengan rumah api tu...tapi memang terbaik la..mula-mula tu terfikir juga macam mana la rupanya kapal tu nanti???nasib ada cik trah kita ni yang settle kan..memang terbaik la kawan...tak sangka kan kita boleh buat..hehe alhamdulillah...haaaa nak cerita la sedikit esok sebelum nak presentation tu kiteorang buat last touch up kat kapal ni..perghh serius punya la mengantuk nak mengadap natang ni..mana tidaknya lepas abis sahaja final cepat2 nak siap kan..sebab tarikh presentation dipercepatkan..so kena rush!!ade la sikit rupa macam orang gila!!hahaha..da la bulan puasa pula kan...so sabar je la..moment paling best sebab buat kerja ni kat rumah trah dengan hasni..memang seronok la habis satu ruang tamu tu bersepah-sepah..hahaha..tak apa yang penting sambil buat kerja kiteorang boleh guling-guling memang terbaik la!!!kuikuikui..kalau buat dekat kitchen serabut sikit..so semuanya buat dekat rumah..kononya nak buat suprise la kan..haha..pun boleh la..jom tengok hasil kerja kami..:)

ini la hasilnya..cantik kan??;p



geng2 lanun tang hasni zura n trah

.
thanks chef sebab bagi 9/10..untuk group kami..hehehe..happy sangat berbaloi baloi..alhamdulillah..tak sia-sia la masa kami yang dah banyak terbuang...:)..tahniah juga kat group2 yang lain sebab diaorang pun buat yang terbaik!!..korang memang the best la...:)..jom tengok hasil geng2 yang lain..

















see semua nya cantik2 kan..korang memang kreatif la..:)
lastly zura nak ucapkan terima kasih dekat chef wan yang banyak memberi tunjuk ajar dekat zura dan rakan-rakan..apa2 pun chef memang terbaik la!!!!..tidak lupa juga buat geng2 DPB MAY 2010 teruskan perjuangan korang dekat luar sana k...:)
~peace~

yeayyy Diploma da habis!!!

Assalamualaikum..:)
i'm back..hehehe...eermm lama juga kan zura tinggalkan blog ni..hampir sebulan juga la..
sorry kawan2 sebab masa itu zura fokus untuk final exam dengan final project untuk kelas cake decoration..
alhamdulillah arkhirnya selesai juga...syukur sangat kepadaNYA sebab permudahkan segala urusan zura sepanjang menamatkan diploma ni..hehehe..
gembira..sedih..suka..duka..semua ada apabila perjuangan zura selama 2 1/2 tahun akhirnya sampai pada penghujungnya..ermm  tuhan sahaja tahu perasaan ini...banyak dugaan yang zura lalui sepanjang bergelar pelajar..zura nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada semua yang menyokong zura selama ini yng bagi semangat,sokongan dan semua la..terutamanya kepada abah,mama yang banyak mengorbankan segala-galanya..tidak lupa juga kawan2 yang sentiasa berada dekat dengan zura yang sentiasa memberi nasihat.yang paling utama buat lecturer2 yang banyak memberi tunjuk ajar...hanya tuhan sahaja yang dapat budi mereka..:).ape2 pun terima kasih sangat..zura hargai sangat segala usaha kalian semua..sepanjang tempoh ini juga banyak perkara yang mematangkan zura secara langsung dan tidak langsung..:)
zura harap masa selama 2 1/2 tahun ini berbalo-baloi...hope dapat result yang terbaik!!!insyaallah..
lastly hope kawan2 semua berjaya diluar sana zura sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita semua..:)
~peace~


Monday 23 July 2012

Final exam..oh final Exam!!!

Assalamualaikum!!!sahabat zura..:)
alhamdulillah kita sudah masuk ramadhan ke-4..syukur kepada ALLAH S.W.T..telah menurunkan segala rahmatNYA kepada kita pada bulan yang mulia ini..zura sendiri dapat merasai nya sendiri..berbeza sangat daripada bulan-bulan yang lain..:)..ok la sebenarnya Cerita ZuRa kali ini pasal final exam yang kurang 2 minggu aja lagi..ermm zura pun tak ready lagi ni...kuikuikui....yang paling bestnya exam pada bulan puasa feel dia lain sikit..hehehe..tenang sangat hati..zura harap untuk final exam ini dapat buat yang terbaik juga diberi kemudahan semasa menjawab sehingga  selesai...zura juga berdoa semoga kawan-kawan yang lain buat yang terbaik untuk final..semoga kita semua mendapat rahmat dariapdaNYA ...insyaallah!!
jumpa lagi untuk Cerita ZuRa yang seterusnya...jikalau ada masa sebelum final..zura akan terus update dari masa ke semasa..noh..noh.. ;)
~peace~

Saturday 21 July 2012

RAMADHAN KEMBALI!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat zura..:)
sebelum itu zura ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam didunia!!
syukur alhamdulliah kali ni Cerita ZuRa..dapat mencoret untuk slot ramadhan..
bersyukur sangat!!!terima kasih ya ALLAH..sebab pertemukan zura sekali lagi dengan ramadhan..terharu gembira yang tidak terkata rasanya perasaan ini..hanya mampu mengucap syukur..kerana diberi umur yang panjang..:)....bulan yang dinanti-nanti setiap orang..termasuk zura sendiri..tenang sangat rasa hati bila bertemu RAMADHAN...alhamdulillah..:)
so sempena bulan mulia...jom kita sama-sama mencari rahmatNya..kumpul pahala banyak-banyak..hehehe..insyaallah..
harapan zura pada ramadhan kali ini...agar setiap amal ibadah yang kita lakukan sentiasa medapat keredhaanNYA..amin!!..
~peace~

Thursday 12 July 2012

Menangis lagi!!!:'(

Assalamualaikum..hai semua..Cerita ZuRa kembali!!!..:)
ya allah kuatkanlah hati kami menghadapi dugaan ini...:(
kenapa semua ini berlaku pada saat-saat akhir...rasa sakit sangat2..
kenapa sekejap sangat rasa kegembiraan ini..kenapa kesedihan mesti ada!!!
kenapa kita mesti menangis..kenapa hati ini terlalu sensitif pada kesedihan...
ya allah tabahkan la hati ini...:'(..bila seorang sahabat bersedih...hati zura dapat rasa kesedihannya..
walau baik buruk mana pun perangainya..dia tetap seorang sahabat yang sentiasa bersama saat susah dan senang..dan sekarang ketika seorang sahabat itu menangis kita juga dapat merasai kesedihan itu...
 walaupun zura bukan sahabat yang baik..tapi zura cuba untuk menjadi yang terbaik untuk itu..:)
kenapa setiap kali zura menangis kerana sahabat..sejak menengah sehingga kolej..
susahnya nak faham perasaan ini...hanya mampu menangis...
ya allah!!!;'(
~peace~


sebulan je lagi!!!:(

Assalamualaikum..zura in the house!!..
hehehe..hai sahabat tersayang hope anda semua ceria selalu..:)
ermm pendekkan cerita mood zura untuk sebulan ini agak sayu sikit..rasa sedih sangat-sangat
mana tidaknya Semester Akhir bakal tiba tidak lama lagi!!!sebenarnya seronok sebab dah nak habis belajar tapi dalam seronok2 itu mesti lah ada kesedihannya...ermmm bermula dari MEI 2010 bermulanya pengembaraan zura dan kawan2 sebagai pemegang Diploma Pastry & Bakery..dan sekarang OGOS 2010
bakal berakhirnya pengembaraan ini dalam masa yang terlalu singkat..hehehe..banyaknya kenangan-kenangan dengan kawan-kawan semua..banyak dah kita semua lalui..tak sangka dah nak sampai penghujungnya!!;'(....
walaupun masa yang diberi agak panjang tapi sebenarnya singkat sangat untuk mengenali setiap daripada kawan-kawan semua..apa-apa pun seronok sangat sebab zura dapat kenal dengan korang..walaupun hanya sebagai kawan gembira itu sudah cukup bagi zura..:)..for me u alls are the best friend in the world!!!wah gitu..hihihi;p...ok la tu..zura doakan semoga korang semua berjaya dalam karier masing-masing..tak kira la apa yang korang semua buat lepas ni...zura nak ucapkan terima kasih pada semua sebab sentiasa memberi sokongan semangat sepanjang kita semua sama-sama menggapai impian..:)
hope kita semua enjoy untuk sem akhir ni!!buat yang terbaik geng..
sayang korang semua!!!^-^
~peace~  
Geng Diploma Pastry & Bakery..;)
Girls: athirah,hasni,ainal,umi,kak ayu,mira,teha,amira,kak ain,kak yana,rose,trah n zura
Boys: wan,tang,azrul,ayie,fakhrul,zharif,arep
GOOD LUCK MY FRIENDS!!!
 We are the Best!!

Ermmm tiba-tiba rasa Rinduuu plak??

Assalamualaikum,hai sahabat-sahabat zura..:)..
hope sahabat semua sentiasa sihat...Cerita ZuRa untuk kali ini Rindu???dah kenapa pula ni kan..hehehe
ermm macam ni la jadinya bila duduk seorang diri kat dalam bilik tak tahu nak buat apa zura tiba-tibba rasa sangat2 RINDU pada-NYA..ALLAHUAKBAR!!!betapa besarnya keaguangannye kan..rasa bersyukur sangat bila tiba-tiba perasaan macam ini datang..rasa lain sangat-sangat..kadang-kadang tu bila zura buka lagu keagamaan juga pun dapat merasa sesuatu ketenangan yang susah nak dapat..:)..
alhamdulillah..syukur kepada ALLAH S.W.T sebab bagi zura rasa perasaan yang sangat indah ini..=)
rasa terharu sangat bila perasaan ni datang secara tiba-tiba yang kadang-kadang zura menagis mungkin sebab banyak dosa-dosa yang telah zura lakukan..:'(...
zura berdoa agar perasaan ini sentiasa kekal dalam hati ini..insyaallah..:)
ok la sahabat ini sahaja untuk kali ini!!
hehehe..jika ada masa panjang kita sambung lagi
<3<3<3
~peace~

Friday 29 June 2012

Papa..Along..Angah..???

Assalamualaikum..hai semua!!i'm back again??hehehe..:)
zura harap u alls happy selalu noh.noh..ok la kalau nak cerita panjang pun sampai esok pun tak boleh habiskan..hehehe so Cerita ZuRa yang tidak seberapa nak sempoi kali ni Papa..Along..Angah..??erm siapakah insan-insan ini yang zura sibuk sangat nak cerita dalam blog ni ek??hehehe..insan pertama yang zura maksudkan Papa Faizal a.k.a Faizal a.k.a Lobster namanya..papa seorang yang suka ambil berat tentang along angah..gila-gila..sometimes jadi mengong bila dengan along..;p..papa juga seorang yang penyayang..manja sangat-sangat..agak sensitif sedikit..papa juga seorang yang sangat kurus..huh angah sangat2 jealous!!;p..next insan kedua pula Along Liana atika a.k.a Calamari namanya..along pula orangnya manis sangat ..comel..suka ambil berat terhadap family 'S'..along juga sentiasa ada setiap kali papa angah ada masalah..thanks along..:)..along juga sangat brutal,sangat-sangat tough atas along besar sampai bawah aje kecik...hehehe..jangan marah ye along..;p....along suka makan lepas itu perut buncit la..tu yang nampak lagi comel..hehe!tapi suka sangat berlakon buat muka suci dia tu sama macam papa..;p..along juga gila-gila..suka sewel tidak menentu..maybe sebab tak cukup vitamin kot..haha;p
sama macam papa juga la..ok lastly insan ketiga Angah Zura a.k.a Whitebait namanya..hehe penulis blog ni sendiri rupanya..hihihi..angah pula manis comel juga sama macam along dia...lemah lembut..sometimes disebalik lemah lembut tu la kasarnya..hehehe..sensitif..gila-gila..ermm pendiam katanya??actually kalu cerita pasal angah memang tidak habis la kan..hehehe..angah just takut papa dengan along jealous aje nanti..sebab angah duduk kutuk-kutuk manja??papa along..hehehe..jangan marah;p..ermm zura tulis tentag papa along angah just untuk suka-suka dengan melawak aje..hehehe..sebab sesiapa sahaja yang mengenali insan pertama dan kedua ..memang best sangat2!!angah sayang sangat-sangat papa & along..without them my life not happy and  crazy!!cehhh hahaha;p
thanks cause being my PAPA & ALONG..;)
<3<3<3
~peace~


Abah Mama disebalik kekuatan semangat & ketenangan ZuRa:)

Assalamualaikum kawan-kawan..:)
..zura harap hari anda semua sentiasa ceria ok..hehehe..
ok Cerita ZuRa kali ni mungkin la berbeza sedikit..ermm rasa lega sangat2 bila dapat cerita pada sahabat yang sudi membaca....i'm very appreciate it!!:)..ermm setiap orang pasti mempunyai kekuatan semangat dan macam-macam la lagi kan..kan..hehehe..ada yang datang dari ibubapa,sahabat,kekasih,artis pun ada katanya..hehe.tapi bagi zura satunya perkara yang sama bagi kita semua apabila kekuatan semangat dan ketenangan yang kekal hanya pada yang SATU...:) insyaallah...Abah Mama disebalik kekuatan semangat&ketenangan ZuRa atas izinNya zura dapat rasa dari abah mama setiap kali zura menghadapi masalah2 kecil atau besar...tenang sangat rasa hati bila dapat luahkan pada abah mama sebab mereka sahaja yang boleh faham apa yang selama ini zura inginkan pendamkan..:)..setiap hari zura berfikir siapa yang mampu untuk menjadi seperti abah dan mama..:)..of course susah nak jumpa kan..hehe..bukan zura tidak percaya pada sahabat yang sentiasa disisi..tapi semua perkara yang dilakukan jauh sekali berbeza kan..
dalam seminggu sepanjang 5 hari tinggal dekat hostel 2 hari bersama family..ermm terasa tertekan sangat sebab berjauhan dari abah mama..;(...tapi yang sentiasa zura tanam dalam hati ini adalah 
ALLAH S.W.T...insyaallah..:)
zura rasa bersyukur sangat apabila abah mama sentiasa mengingatkan serta memberi kata-kata semangat dalam mengharungi  liku-liku hidup yang semakin mencabar..wah!!hehe..abah mama juga tidak pernah lupa mendoakan kebaikan anak-anaknya..cuma kadang-kadang zura sebagai anak lupa untuk mendoakan kesejahteraan abah mama:'(...dari  situ zura berfikir apa sebenarnya yang zura inginkan??ermm tuhan saja yang tahu hati seseorang tu..ermm rasa nak nangisje..:'(..zura hanya mampu tabahkan hati dan tersenyum.:)
apa-apa pun zura hargai sangat-sangat usaha abah mama untuk membahagiakan kami adik beradik..terima kasih ya ALLAH sebab kurniakan zura IBUBAPA yang sentiasa tenang menhadapi anak-anak yang degil seperti zura.abang dan adik.......:)..ok la kawan-kawan sampai sini dulu Cerita ZuRa ok..
kalau ada jodoh lagi kita jumpa lagi ok..hihihi;p
~peace~

Thursday 7 June 2012

Family "Super" menangis..:'(

Assalamualaikum...hai kawan-kawan semua...ermmm sedihnya zura apabila family yang zura sayang menangis..:'(..Papa..Along..Bro li..and also Granny..kenapa semuanya boleh jadi macam ini..sebelum ini kita semua happy sangat-sangat...then kenapa sekarang ini semua family ini kena mengalirkan air mata..sedihnya:(...zura sebagai angah dalam family ini berfikir..boleh ke selepas ini kita semua gembira macam sebelum2 ini???..betul la kan setiap yang gembira pasti akan menangis...ya allah kuatkan lah semangat keluarga zura ini....:(...zura harap papa along  bro li n granny dapat terima dugaan ini walaupun kita tahu semua ini hanya sementara...:)..zura sayang sangat family kita ni..tapi bile sudah jadi macam ini zura takut..kita semua akan putus berhubung antara satu sama lain...zura tahu family yang kita bina dalam masa yang singkat ini banyak memberi kenangan pahit manis yang terindah sekali!!!semua ini zura tidak akan lupa kan...walaupun zura tak banyak cakap dalam family ini..zura sentiasa ambil berat dari jauh...along orang yang paling sayang dengan family ini orang yang sentiasa gembira untuk family tiba-tiba murah sangat air mata along mengalir...angah harap along kuat dengan apa yang kita hadapi sekarang ini...:)...zura pun harap papa kuat lalui dugaan ini walaupun angah tahu susah untuk papa laluinya seorang diri tanpa semangat dengan sokongan daripada along angah bro li dan juga yang lain-lain....zura yakin along...papa seorang yang kuat..tabah..jangan sebab perkara-perkara kecil macam ini melemahkan semangat along..papa..:)...sorry la Cerita ZuRa kali ini agak sensitif sikit..tuhan sahaja tahu betapa sabarnya untuk zura mencoretkan cerita "Family Super"..sedih sangat-sangat!!!....zura harap kita sekeluarga boleh kembali seperti sebelum ini ok..yes we can do!!..we are super..!!=)
~peace~

Nyamuk gigit!!!

Assalamualaikum.:)..hai kawan-kawan zura...i'm back again!!!hehehe..ok la Cerita ZuRa untuk yang agak tidak berpuas hati sikit mana tidaknya errmmm semuanya sebab nyamuk la ni...benci sebab nyamuk gigit menyebabkan kaki dengan tangan zura gatal-gatal...arghhh agak stress la juga kan sebab tak boleh nak tidur dengan lena.....nasib baik ada minyak gamat yang terbaik dari langkawi sebagai penyelamat..hehehe..so tiada la kulit zura meninggalkan kesan2 kudis yang buruk..hehehe...entah kenapa pula la kan..semalam nak kena gigit dengan binatang comel ni kan...selalunya tak ada pun..ermm sabar aje la..last2 sebab tak dapat tidur dengan sempurna...satu hari kepala sakit..tambah pula dengan puasa sunat kan..hehehe..nasib zura ada semangat yang kuat..so tak ada la sakit sangat..hihihi...nasib hari ini tiada kelas..dapat la juga nak rehat2 kan...alhamdullillah sebab allah permudahkan segala aktiviti zura hari ini..:)
apa-apa pun setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..=)
~peace~

Wednesday 23 May 2012

Ada orang merisik la!!!!

Assalamualaikum!!!hai sahabat semua..hope korang semua sihat k..:)...hari ni kelas tak ada so zura kira ada masa untuk menyambung Cerita ZuRa kali ini...hehehe..ermm untuk pengetahuan kauorang semua la perkara yang zura tak pernah sangka..tiba-tiba aja berlaku pagi tadi..apabila mama dengan abah cakap ada orang merisik..ermm zura pun apalagi terus berubah muka jadi 'blur'('dalam hati what biar btol???')hehehehe..macam -macam la..adoi!!!nasib baik mama ngan abah pandai berkata-kata menolak permintaan orang tu..fuhhh rasa cuak juga bila orang tanya macam tu..hahahaa..macam kelakar pun ada juga apa-apa pun zura tak pernah terfikir pun semua perkara tentang ni...ermm apa yang penting sekarang bagi zura habis kan dulu belajar then kerja  then baru boleh fikir semua itu...hihihi..ok la itu sahaja cerita yang zura nak kongsi kat kauorang semua hari ini..insyaallah zura sambung lagi kalau ade cerita yang lagi menarik..^_^
~peace~

Tuesday 22 May 2012

Zura kembali bercerita!!!!

Assalamualaikum!!!!hai sahabat setia..hope korang semua sihat..:)..ermm lama juga zura tinggal kan blog ni  kan ada la dlm 2 bulan..sebenarnya terasa rindu sangat2 nak post story2 dalam Cerita ZuRa setiap minggu...tapi masa tak mengizinkan.:(...tapi hari ni alhamdulillah.:)....finally dapat juga nak kongsi dengan korang Cerita ZuRa...ermm seronok,teruja,gembira,sedih semua perasaan yang ada...rasa susah sangat bila  zura rasa sangat berat nak lalui..tapi ini la kehidupan seseorang manusia kan...:)..sekarang ni zura da sampai ke tahap yang paling sukar sikit nak hadapi biasa la kan semester akhir macam-macam dugaan..semoga ALLAH beri kekuatan & semangat kepada zura dan kawan-kawan yang lain..:)...ermm ok la mesti sahabat semua nak tahu kan apa yang zura buat semasa 2 bulan yang lepas..kalau nak cerita kat sini pun confirm jenuh nak menaip kan..hehehe..secara ringkas nya selepas selesai sahaja final exam short sem II then cuti selama hampir 2 bulan..ermm masa yang agak panjang..masa itu zura penuhi dengan part time work katanya, dekat Manhattan Fish Market Pavilion dengan along zura..sementara kawan2 yang lain seronok bercuti zura pula sibuk dengan kerja ermm tak apa sebab seronok sangat...mula-mula nak buat part time tu abah tak setuju sangat mungkin sebab jarak yang agak jauh dari rumah..tapi dengan semangat zura yang terlalu tinggi..hehehe..akhirnya berjaya meyakinkan abah untuk membenarkan zura bekerja..moralnya setiap perkara yang ingin kita lakukan  restu dari ibu bapa adalah sangat penting!!!insyaallah apa yang kita lakukan menjadi sukses..hehehe..betul kan???:)..teruja sangat bila dapat kerja..yang paling best sekali kerja dekat kitchen ermm orang kata kerja yang agak mencabar bagi seseorang perempuan??yes!!memang tepat sekali tetapi tidak semua orang dapat sahut cabaran sebegini..sebab kita kena sedia kan fizikal & mental yang kuat..mesti kawan2 faham maksud zura kan..hehe:)..sepanjang zura bekerja banyak pengalaman yang zura lalui..dengan suasana..orang2 sekeliling..dan macam-macam la...semua tu kenangan terindah..tak kira la pahit ke manis ke..yang penting zura banyak belajar perkara2 baru dalam hidup..apa yang baik zura simpan yang buruk zura jauh2 kan..wah!!??;p.....hampir 2 bulan menjadi family MFM..rasa sedih pula nak cerita mana tidak nya ni semuanya sebab kolej da panggil la..hehehe..ini lah akibatnya apabila terlalu lama sangat bercuti jadi seronok pula nak kerja...apa2 pun nak tak nak,belajar mestilah diselesaikan dahulu..then baru fikir kerja semula..yang penting semangat!!!yeahhh steady la...:)..hihihihi...ok la sahabat setia semua cukup dahulu Cerita ZuRa kali ini, insyaallah ada masa lain zura akan sambung noh..noh..
~peace~    

Thursday 9 February 2012

Wah syoknyaaaa!!!!!

Asslamualaikum...hai kawan2 semua...sihat kah semuanya???ermm zura hope kawan2 semua sihat seadanya...maklum la sekarang ni musim cuaca yang tidak menentu kan3..terutamanya demam,selsema dengan batuk...zura pun juga tidak terlepas daripada terkena penyakit2 ini..alhamdulillah tuhan masih sayang zura!!!:)..ok la jom kita teruskan dengan coretan2 untuk Cerita ZuRa kali ini..;)hehehehe...ermmm seronok sangat 2 hari lepas sebab geng2 andaman zura datang bercuti dekat KL..wah seronok sangat2... memang kedatangan mereka,,,,kami semua alu-alu kan..:)..dengan waktu yang singkat selama 4 hari sahaja mereka bercuti dekat sini..ermm rasa sekejap sangat diaorang dengan kitaorang..apa2 pun masa sepanjang 2 hari kelmarin..zura,ika dengan ros puas hati sebab dapat juga bawa mereka jalan-jalan pusing2 KL la!!!huhu..antaran tempat2 yang agak menarik times square,masjid india,klcc..perghh serius penat sangat2 sebab jadi 'tourist guide' untuk abang2 andaman yang comel2 ni..hehehe..apa2 pun memamg terbaik dari ladang la bila kitaorang buli abang2 ni ermm faham2 saja la dengan perangai zura apabila bergabung dengan ika..hehehe(gelak jahat sikit);p...ermm sepatutnya mereka datang ber 3 tapi mereka ber 2 saja..mana lagi sorang ek???ermm lagi seorang itu siapa lagi kalau bukan azim...hehehe..kesian dekat dia sebab sakit..apa2 pon kitaorang takkan lupa nya geng2 yang lain..:)..kalau nak ikutkan sangat cerita ni memang xkan pernah habis la kan..hehehe..so Cerita ZuRa kali ini hanya ingin mencoretkan kegembiraan zura with the geng..sepanjang keberadaan abang2 andaman di sini..memang xterkata la keseronokan kitaorang masa itu..huhuhuhu...we all very2 excited!!!!^_^..so kita enjoy!!!see u all again..continue???
~peace~ 

Friday 3 February 2012

Masa berlalu bagaikan Angin!!!!

Assalamualaikum kawan2...ermm lama juga ye zura x update blog tentang Cerita ZuRa ni kan..hehehe...sorry jika zura buat kawan2 menunggu untuk cerita selanjutnya..;)..sebelum itu zura nak ucapkan goodbye untuk bulan JANUARY and welcome for bulan FEBRUARI..ermm cepatkan masa tu berlalu??:)...bak kata2 pujangga berlalu bagaikan angin..wah!!!..sebenarnya pejam celik pejam celik sebulan sudah pon berlalu zura meninggalkan pulau lagenda selepas habisnya latihan industri..ermm namun segala memori suka dan duka masih lagi segar di ingatan..;'(..apa-apa pon perjuangan mesti diteruskan walau dimana kita berada..betul x kawan2..hehehe..;)...zura pun x sangka sebenarnya dapat juga melalui kehidupan sebagai seorang pelajar sehingga sampai ke tahap ini...sepanjang pemerhatian zura banyak kawan2 yang lain menghadapi pelbagai masalah antara salah satu faktornya mereka tidak kuat daripada mental dan fizikal untuk melalui sesuatu cabaran..:)..kerana setiap apa yang kita lalui sebenarnya adalah dugaan daripadaNYA..kan kawan2..;)...sepanjang hampir 2 tahun sebagai status pelajar banyak perkara zura belajar..terutamanya tentang kehidupan sekeliling..hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana kita lalui semua itu..hihihi:)..ermm tinggal 1/2 tahun sahaja lagi nak habis belajar selepas kita akan lalui pula ke alam seterusnya iaitu alam pekerjaan..sebenarnya rasa macam x percaya kan..tapi semua tu kerana masa yang berlalu bagai angin...apa2 pun tetap kita harungi dengan kesabaran untuk menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat..insyallah..:)
ok la sampai sini sahaja coretan Cerita ZuRa untuk hari ini buat tatapan kawan2..insyallah jika ada masa zura akan sambung lagi untuk yang seterusnya..apa-apa pun setiap perkara yang kita lakukan pada kehidupan ini adalah keranaNYA..dari situ juga zura belajar untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum2nya.:)
~peace~

Monday 9 January 2012

Semester 4!!!!!

Assalamualaikum..hai semua :)...zura kembali lagi untuk meneruskan Cerita ZuRa.... kali ni..apa la cerita kali ni kan????hehehehe...ok la...syukur alhamdulillah sangat2 sebab zura x pernah pun sangka sudah belajar sampai ke tahap ini(semester 4)...mungkin semua ini atas sebab kesabaran yang tinggi yang diberi olehNYA..:)..kan3..hehehe...ermmm x sabar rasanya nak habis belajar..tinggal 1 semester sahaja lagi...semoga ALLAH permudahkan perjuangan zura untuk mencapai cita-cita...amin:)...sebab selepas ini banyak lagi ranjau dan duri yang akan zura tempuhi iaitu alam pekerjaan pula...hehehe..x sabar nya nak cari duit poket sendiri...kan2...ape2 pun biar masa yang menentukan semua perjalanan hidup yang kita semua lalui..;)
~peace~

Monday 2 January 2012

19 tahun bersama Azam 2012..:)

Assalamualaikum....hai kawan2 semua...sebelum tu masih x terlambat lagi untuk zura ucapkan selamat tahun baru pada semua...semoga tahun 2012 ni memberi keberkatan buat kita semua dan dimurahkan rezeki serta sihat walfiat...:)..kan2..dan selamat tinggal 2011..:(....ok untuk cerita zura kali ni iaitu azam 2012 zura pada usia yang telah mencecah 19 tahun..(.dah tua rupanya saya ni)..hehehe:p..orang cakap semakin meningkat usia semakin matang perangai seseorang tu..betul kah????semua tu maybe ada betulnya ada tidaknya...apa yang penting bagi zura setiap kali meningkat nya usia kita tetap menjadi diri sendiri..:)betul x???:)....untuk azam 2012 kali ni zura berharap agar dapat menjadi diri sendiri...dapat buang tabiat lama(banyak tu terutamanya tidur..;phihihihi)...lebih banyak dekatkan diri padaNYA...di murahkan rezeki...serta menjadi modal insan yang cemerlang...wah!!!!:)...zura juga berharap agar setiap perkara yang zura lakukan adalah semua keranaNYA...insyaallah...:)...
~peace~

Selamat Tinggal Pulau Langkawi..:)

Assalamualaikum....hai semua...cerita zura untuk kali ni betul2 tidak akan dapat zura lupakan sebabnya setelah tamat praktikal dia Andaman Langkawi Resort...... banyak sangat2 kenangan-kenangan teirndah dan sebaliknya masih lagi terasa di hati ni..tuhan je yang tahu....:( betapa zura amat merindui mereka semua..terutamanya geng2 kitchen yang happening...ermmm zura masih ingat lagi ketika pertama kali menjejakkan kaki ke teratak andaman serius terasa macam menyesal je datang sini..tapi orang cakap belum cuba belum tahu..kan3..then x kenal maka x cinta..:)..so bila tiba masa yang di tunggu2 selama hampir 4 bulan tu tiba...serius rasa berat sangat hati ni nak tinggal kan geng2 ni..biarpun dalam masa yang sama hati gembira bila dapat balik jumpa family!!!!tapi apa kan daya walau dimana pun kita berada hidup mesti diteruskan..:)..ermmm meskipun sudah 2 hari meninggalkan andaman hati zura masih lagi terasa sangat2..sedih dan rindu pada mereka...:'(...apa2 pun zura nak minta maaf pada semua geng2 kitchen selama zura menuntut ilmu dengan mereka jika ada terkasar bahasa terpukul dan semuanya la yang menyakitkan hati secara sengaja atau tidak disengajakan..:).ok 0-0!!!!...terima kasih sangat2 kat chef2 sebab sudi ajar zura yang x tahu apa2 ni sehingga zura tahu segalanya dengan penuh sabar..tuhan je dapat balas budi korang semua..terima kasih juga pada semua orang2 langkawi kerana layan kami semua seperti keluarga korang sendiri...terharu sangat2...:)..ermm apa2 pun korang semua memang the best la...zura doakan semoga korang semua sentiasa bahagia dan sihat walfiat....ok la setakat ini je cerita zura untuk kali ni..(hati sedih sangat2)
~peace~

Followers